Laman Web Rasmi
Pusat Sumber
SMK Bandar Tun Hussein Onn 2
Pusat Sumber SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi pengajian seperti sekolah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) berfungsi sebagai pusat penyebaran dan pencarian maklumat yang membantu penggunanya, iaitu para pelajar dan guru dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran. PSS menyediakan prasarana pembelajaran yang kondusif. PSS Bandar Tun Hussein Onn 2 bermatlamat meningkatkan pembudayaan ilmu dalam kalangan warga sekolah untuk memacu SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 ke arah kegemilangan.
i. Mewujudkan PSS yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan pengisihan ruang agar semua murid khususnya dapat menguasai Kemahiran berfikir di samping membantu guru-guru mencari maklumat.
ii. Mengekalkan
prasarana menuju ke arah penggunaan komputer dan internet. Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah yang terbaik di daerah Hulu Langat Selangor dan seterusnya
di peringkat negeri Selangor.
i. Memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada semua lapisan murid seiiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ii. Membentuk generasi sekolah sebagai sebuah generasi yang berilmu pengetahuan
luas dalam pelbagai bidang selaras dengan era multimedia.
Bersesuaian dengan konsep PSS, PSS telah ditubuhkan dengan matlamat amnya seperti berikut:
i. Untuk menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: “………………Sebagai satu usaha berterusan ke arah perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertangung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara”.
ii. Untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan
pembelajaran bagi melahirkan pendidikan bermutu.
iii. Melahirkan tabiat belajar dan kegembiraan menggunakan alat dan bahan pengajaran di kalangan murid-murid dan guru.
iv. Mewujudkan satu sistem
pengurusan yang digabungjalinkan di antara bahan cetak dan bukan cetak. v. Memupuk lagi daya pemikiran murid-murid secara kreatif dan inovatif.
vi. Menggalakkan murid-murid dengan daya inisiatif sendiri
membuat kerja-kerja projek dengan menggunakan sumber pelajaran yang ada di PSS.
vii. Membantu mencapai prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman, PT3, SPM dan STPM.
i. Membantu meningkatkan taraf murid-murid di sekolah ini.
ii. Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum.
iii. Membantu murid-murid kearah kecemerlangan akademik dan intelek.
iv. Membentuk generasi yang gemar membaca dan menimba ilmu pengetahuan dari sekolah rendah.
v. Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemahiran Maklumat kepada para pelajar dan guru.
i. Membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan berbagai kaedah dan media, kemudahan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran supaya tidak terikat
atau bergantung hanya kepada buku teks dan kapur sahaja.
iii. Menggalakkan pertumbuhan tabiat ingin tahu (inkuiri) supaya dapat menjalankan aktiviti belajar sendiri dengan menggunakan pelbagai media sesuai dengan
minatnya.
iv. Dapat menyediakan dan membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkan, Mengguna dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
v. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk
memberi peluang dan memenuhi keperluan-keperluan setiap individu murid dan guru yang berbeza-beza.
i. Sebagai pusat untuk mengurus, memperoleh, menghasilkan dan menyebarkan sumber maklumat.
ii. Sebagai pusat yang memberi perkhidmatan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. iii. Sebuah organisasi bank sumber, sumber kemahiran, kepakaran bahan-bahan, mudah dicari dan digunakan
dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. iv. Mengenalpasti sumber yang dipunyai, sumber manusia dan bukan manusia yang diperlukan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan kokurikulum sekolah.
v. Dapat menyediakan panduan, memberi galakan kepada guru dan murid untuk mencari, memilih, menghasilkan dan menggunakan media yang sesuai untuk dirinya. vi. Dapat menilai bahan sumber yang baru dan kemas kini dari
segi kesesuaiannya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa.