Majlis Pelancaran HaNIS 2019 (Hari NILAM Selangor) telah dilaksanakan pada 18 Januari lepas oleh Tuan Pengetua, En. Ahmad Ezzat bin Ismail. Bersempena dengan pelancaran tersebut, portal web Pusat Sumber SMKBTHO2
juga telah dilancarkan. Portal tersebut boleh diakses di URL www.psumber.smkbtho2.edu.my .
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran maskot membaca, untuk kempen
derma buku 1 Buku, 1 Guru, 1 Murid. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang minggu, seperti pameran dan jualan buku, aktiviti Blind Date with A Book, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama panitia.
Tema
"Jom Membaca" diharap dapat dijadikan slogan dalam mewujudkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Bandar Tun Hussein Onn 2.
Aktiviti Blind Date with A Book
Pameran dan Jualan Buku
Pelancaran Program HANIS dan NILAM 2019 akan diadakan pada 18 Mac 2019. Pelbagai aktiviti menanti anda. Semoga bermanfaat.